Sistem Pemprofilian Rekrutmen (SPIER) ini merupakan satu sistem yang menggunakan ujian psikologi sebagai satu kaedah saringan awal dalam proses pemilihan dan pengambilan pegawai baharu .
Aspek yang dititikberatkan adalah elemen psikologi dan praktis minda keselamatan berdasarkan norma dan keperluan jabatan atau agensi di bawah KDN.
Pembangunan SPIER dianggotai Pegawai Psikologi KDN, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan Pegawai Beruniform jabatan atau agensi yang terlibat.